Saturday, June 4, 2011

Aishiteru (Aku cinta kamu)..

firstly.. hayati dulu lagu ni..

'"Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus... aishiteru
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali"

best tak lagu ni?
aku suka sangat lagu ni..
walaupun ia tak memberi makna apa-apa kat hidup aku..
tapi setiap kali aku dengar lagu ni, aku rasa tersentuh..
lagu ni adalah OST Cinta Melody...
drama bersiri Indonesia..
sedang disiarkan kat astro prima..
pelakonnya Randy Pangila dengan Olivia Chelsea..
So sweet diorang dua...
Walaupun kadang-kadang aku sakit hati tengok drama ni..
tapi tetap nak tengok jugak..
aku tak pernah miss tengok drama ni masa kat rumah..
tapi sekarang ni susah nak tengok la..
kat rumah sewa ni mana ada astro..
TV pn tak ada.. kesian kan?
tapi tak pe la.. You Tube kan ada... hehehe..
hurm...
sampai sini je la celoteh aku..
nanti aku update lagi.... k..
daaa....

Wednesday, June 1, 2011

kekecewaan melanda..

aku rasa sedih sangat sekarang ni...
rasa sebak sangat-sangat.. nak menangis pun ada..
rasa dada aku sesak sangat..
dia, orang yang aku pernah tinggalkan dulu sudah ada pengganti baru..
pengganti yang memang sesuai untuk dia, berbanding aku...
aku akui aku tak layak untuk dia..
aku memang tak sepadan dengan dia...
dia yang dah punyai masa depan yang cerah..
dan aku pulak.. terkontang kanting meneruskan kehidupan aku sebagai pelajar diploma mikrobiologi...
mungkin salah aku meninggalkan dia..
patut ke aku menyesal dengan apa yang aku dah buat?
kenapa aku macam ni?
desperate sangat ke aku?
patutla dah beberapa hari ni aku asyik ingat kat dia..
lepas tu pulak.. beberapa hari lepas, aku terserempak dengan dia..
tapi dia tak nampak aku..
aku je yang nampak dia..
aku tak berkesempatan tegur dia, sebab dia naik motor dan aku naik kereta...
nampak masa kat traffik light... hurmm....
masa tu hati aku berdebar-debar... rindu agaknya..
dia pun dah lama tak contact aku...
hurmm.. yela kan... orang dah ada kekasih.. buat apa lagi nak kawan dengan aku...
orang yang telah menyebabkan dia kecewa...
baiklah.. sekarang ni aku dah tahu dia dah berpunya dan sedang berbahagia dengan hidup dia..
dan aku... tak memberi apa-apa makna lagi dalam hidup dia...
dan aku kena dan terpaksa melupakan dia buat selama-lamanya..
aku dengar cerita. dia dah nak bertunang pun..
dengan pilihan hati dia.. dan family dia pun dah merestuinya..
'tahniah awak... semoga awak berbahagi dengan si dia.. saya sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan uawak.. semoga awak sentiasa dilindungi Allah SWT.. Insya'allah..Amin'

Tuesday, May 31, 2011

Nur Kasih The Movie...

hari ni antara hari-hari terakhir NKTM disiarkan di panggung wayang..
aku berpeluang menontonnya dengan roomate2 aku dalam keadaan terpaksa...
mula-mula malas aku nak pergi, duit ptptn x masuk lagi..
tapi kalau aku tak ikut diorang,
aku sorang-sorang je kat umah.. boring la pulak nanti...
so.. aku terpaksa la ikut diorang...
tapi serius beb, tak menyesal tengok movie ni..
rugi kalau tak tengok, sebab movie ni hanya di pawagam...
best sangat.. percintaan yang islamik..
romantik.. sedih.. setia.. islamik.. konflik yang tak terlampau..
aku siap bole nangis masa tengok movie ni..
rasa sangat tersentuh..
movie ni sambungan dari cite Nur Kasih yang telah disiarkan kat TV3..
beznye la, kalau aku dapat rasa macam apa yang diorang rasa..
Movie ni aku bagi 5/5.... -thumbs up-

Monday, May 30, 2011

My LiFe....

apa yang aku mahukan sebenarnya?
kenapa hati aku terasa resah gelisah malam ni..
kadang-kadang aku terfikir...
setelah pelbagai perkara yang aku lalui sepanjang hidup aku
apakah kesudahan kehidupan aku?
apakah kesudahan kisah cinta aku nanti?
siapakah yang akan menjadi soulmate @ mr perfect aku?
tak sabar rasanya... (cam miang la pulak.. hehehe)
huuuurmmm....
setelah apa yang aku lalui semasa kisah cinta yang lalu..
aku cepat merasa muak dan jemu dengan lelaki..
hanya kerana seorang lelaki ini aku melukai hati dia..
tapi.. langsung tak ada niat aku nak melukai hati dia...
dia yang tulus menyintai aku...
menyayangi aku dan sentiasa ada untuk aku disaat suka duka susah dan senang...
adakah aku menyesal melukai hati dia?
menyesal meninggalkan dia?
kenapa aku tak pernah nak hargai dia?
kenapa aku tak pernah cuba menyerahkan hati ini untuk dia dengan tulus ikhlas?
terasa cinta aku untuk dia hanya satu persinggahan...
kadang-kadang.. aku terasa simpati kat dia..
setelah apa yang dia dah korban kan macam-macam untuk aku..
ini yang aku balas kat dia..
setelah difikir-fikirkan balik...
aku tak boleh memaksa hati aku untuk terima dia..
cinta itu bukan satu paksaan.. ia akan hadir dengan sendiri....
hurm.. entahlah... pening aku memikirkannya.....
kesudahan kisah cinta aku hanya Tuhan saja yang tahu....

Thursday, February 10, 2011

PeRmULaaN CorEtaN si ReBen MeRaH JamBu..

sesi perkenalan diri dimulakan diawal coretan merepek aku kat blog ni...
enjoy je taw!! (walaupun tak berapa nk enjoy)
Si Reben Merah  Jambu.. (nama sebenar dirahsiakan)  ^^
Umur baru nak masuk 20tahun.. anak ke6 dari 7org adik beradik, perempuan bongsu...
Student Diploma di tahun kedua dalam Fakulti Sains Gunaan di sebuah IPTA kat area Negeri Sembilan.. Student yang sangat 'RAJIN' dan "CERDIK'. suka Study last minute dan jawab exam ntah ape2..
ble dah dapat result 'BAIK', barula timbul kesedaran nak study btol2... tu pun kesedaran yang tak sampai brape minit.. esok2 buat lagi... Teruk kan??
Aku suke menyendiri dan aku suke barang2 yang comel... trutama yang ada reben, sangat cantik dan comel..
tak pandai bergaul dan tak suke buat presentation..
sem ni tterok aku kene present, 5 kali... aku ni dah la ada darah gemuruh..
Urm... kenapa ye tetibe je aku terfikir nak wat blog ni?
hurm... mgkin kerana terpngaruh ngan orang disekeliling aku dan 'si dia'..
si dia tu sape ye? urm.. si dia yang berjaya mncuri hati aku..
si dia yang pada mulanya adalah hanya sebagai teman baik..
berakhir dengan menjadi sebagai pasangan kekasih yang menyayangi dan menyintai antara satu sama lain..
aku sayang dia sangat2.. mungkin pada mulanya penerimaan aku pada dia mungkin kerana dasar suka2..
tetapi sekarang ni aku terima dia dengan dasar cinta dan kasih sayang yang tiada berpenghujung..
adakah dia Mr Right aku?? hurm.. Ntahlah...
sampai ni saje la coretan aku... tak twu nak tulis ape lagi...
tapi aku akan cube improve lagi hasil coretan aku... ^^


>>actually aku tak brape pndai mengarang cerita.. tp aku nak cuba gak... ;)