Tuesday, May 31, 2011

Nur Kasih The Movie...

hari ni antara hari-hari terakhir NKTM disiarkan di panggung wayang..
aku berpeluang menontonnya dengan roomate2 aku dalam keadaan terpaksa...
mula-mula malas aku nak pergi, duit ptptn x masuk lagi..
tapi kalau aku tak ikut diorang,
aku sorang-sorang je kat umah.. boring la pulak nanti...
so.. aku terpaksa la ikut diorang...
tapi serius beb, tak menyesal tengok movie ni..
rugi kalau tak tengok, sebab movie ni hanya di pawagam...
best sangat.. percintaan yang islamik..
romantik.. sedih.. setia.. islamik.. konflik yang tak terlampau..
aku siap bole nangis masa tengok movie ni..
rasa sangat tersentuh..
movie ni sambungan dari cite Nur Kasih yang telah disiarkan kat TV3..
beznye la, kalau aku dapat rasa macam apa yang diorang rasa..
Movie ni aku bagi 5/5.... -thumbs up-

Monday, May 30, 2011

My LiFe....

apa yang aku mahukan sebenarnya?
kenapa hati aku terasa resah gelisah malam ni..
kadang-kadang aku terfikir...
setelah pelbagai perkara yang aku lalui sepanjang hidup aku
apakah kesudahan kehidupan aku?
apakah kesudahan kisah cinta aku nanti?
siapakah yang akan menjadi soulmate @ mr perfect aku?
tak sabar rasanya... (cam miang la pulak.. hehehe)
huuuurmmm....
setelah apa yang aku lalui semasa kisah cinta yang lalu..
aku cepat merasa muak dan jemu dengan lelaki..
hanya kerana seorang lelaki ini aku melukai hati dia..
tapi.. langsung tak ada niat aku nak melukai hati dia...
dia yang tulus menyintai aku...
menyayangi aku dan sentiasa ada untuk aku disaat suka duka susah dan senang...
adakah aku menyesal melukai hati dia?
menyesal meninggalkan dia?
kenapa aku tak pernah nak hargai dia?
kenapa aku tak pernah cuba menyerahkan hati ini untuk dia dengan tulus ikhlas?
terasa cinta aku untuk dia hanya satu persinggahan...
kadang-kadang.. aku terasa simpati kat dia..
setelah apa yang dia dah korban kan macam-macam untuk aku..
ini yang aku balas kat dia..
setelah difikir-fikirkan balik...
aku tak boleh memaksa hati aku untuk terima dia..
cinta itu bukan satu paksaan.. ia akan hadir dengan sendiri....
hurm.. entahlah... pening aku memikirkannya.....
kesudahan kisah cinta aku hanya Tuhan saja yang tahu....

Thursday, February 10, 2011

PeRmULaaN CorEtaN si ReBen MeRaH JamBu..

sesi perkenalan diri dimulakan diawal coretan merepek aku kat blog ni...
enjoy je taw!! (walaupun tak berapa nk enjoy)
Si Reben Merah  Jambu.. (nama sebenar dirahsiakan)  ^^
Umur baru nak masuk 20tahun.. anak ke6 dari 7org adik beradik, perempuan bongsu...
Student Diploma di tahun kedua dalam Fakulti Sains Gunaan di sebuah IPTA kat area Negeri Sembilan.. Student yang sangat 'RAJIN' dan "CERDIK'. suka Study last minute dan jawab exam ntah ape2..
ble dah dapat result 'BAIK', barula timbul kesedaran nak study btol2... tu pun kesedaran yang tak sampai brape minit.. esok2 buat lagi... Teruk kan??
Aku suke menyendiri dan aku suke barang2 yang comel... trutama yang ada reben, sangat cantik dan comel..
tak pandai bergaul dan tak suke buat presentation..
sem ni tterok aku kene present, 5 kali... aku ni dah la ada darah gemuruh..
Urm... kenapa ye tetibe je aku terfikir nak wat blog ni?
hurm... mgkin kerana terpngaruh ngan orang disekeliling aku dan 'si dia'..
si dia tu sape ye? urm.. si dia yang berjaya mncuri hati aku..
si dia yang pada mulanya adalah hanya sebagai teman baik..
berakhir dengan menjadi sebagai pasangan kekasih yang menyayangi dan menyintai antara satu sama lain..
aku sayang dia sangat2.. mungkin pada mulanya penerimaan aku pada dia mungkin kerana dasar suka2..
tetapi sekarang ni aku terima dia dengan dasar cinta dan kasih sayang yang tiada berpenghujung..
adakah dia Mr Right aku?? hurm.. Ntahlah...
sampai ni saje la coretan aku... tak twu nak tulis ape lagi...
tapi aku akan cube improve lagi hasil coretan aku... ^^


>>actually aku tak brape pndai mengarang cerita.. tp aku nak cuba gak... ;)